Siapa
yang tidak tahu pantun? Semuanya sudah pasti tahu bukan?
Ya, pantun adalah sajak baru yang terdiri dari banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenisnya ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun sepuluh kerat. Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun. Selain lima jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait. Bentuk-bentuk pantun pula bermacam-macam. Ada pantun yang berbentuk "nasihat", "adat", "agama", "teka-teki", "jenaka" dan juga ada sesetengahnya berbentuk "peribahasa".
Ya, pantun adalah sajak baru yang terdiri dari banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenisnya ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun sepuluh kerat. Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun. Selain lima jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait. Bentuk-bentuk pantun pula bermacam-macam. Ada pantun yang berbentuk "nasihat", "adat", "agama", "teka-teki", "jenaka" dan juga ada sesetengahnya berbentuk "peribahasa".
Di samping itu, pantun juga turut
mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi
Melayu lama. Pantun sebagai jenis puisi Melayu lama yang tertua dan asli amat
diminati. Ini terbukti, pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan
hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara
permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara. Justeru itu,
pantun pantun dari segi isi atau temanya terdapat beberapa jenis. Antaranya
yang penting tentang teka-teki, jenaka, kasih sayang, nasihat,
budi, nasib, perantau, adat, kepahlawanan, peribahasa,
kias ibarat dan agama. Meskipun begitu, penentuan jenis-jenis isi
atau tema tersebut bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap jenis isi pantun
itu, lazimnya terdapat juga isi atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat
pada isi yang menjadi latar dan dasar perkembangannya dengan isi atau persoalan
lain yang berhubungan.
Pantun yang
isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat"
dan "agama" pada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami.
Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas bersifat mengajar atau
memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang
buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat" dan "agama"
tidak kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya.
Umapamanya, persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan
atau undang-undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan
balasan hari kemudian.
Pantun
jenis "peribahasa" juga mudah dikenali, iaitu melalui
penyampaian isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk
serta susunannya. Bagi pantun "kias dan ibarat" pula, sesuai
dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu adalah
bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Dengan demikian, pernyataan isinya
selalu ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya lebih
halus, luas dan mendalam. Pada pantun "teka-teki" yang
memerlukan jawapan adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara
berfikir secara spontan dan membina kemahiran berfikir dengan tepat. Pantun "jenaka"
yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran keanehan dan
keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan
sindirannya di dalamnya.
Di bawah
adalah contoh bentuk dan jenis-jenis pantun dua kerat dan empat kerat :
Jenis
pantun : dua kerat
Buah
beluluk buah kepayang,
Dimakan mabuk
dibuang sayang.
Jenis
Pantun : Empat Kerat – Nasihat
Air
melurut ke tepian mandi,embang
Kembang
berseri bunga senduduk.
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Sumber :
0 komentar:
Posting Komentar